Isu tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah kembali menjadi tumpuan selepas kenyataan terbaharu Ketua Menteri sementara Sabah, Hajiji Noor, yang optimis rundingan dengan Putrajaya dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan seperti diarahkan Mahkamah Tinggi pada Oktober lalu.
Namun, di sebalik keyakinan itu, Hajiji memberi gambaran bahawa kerajaan negeri tidak akan mencabar pendirian Putrajaya mengenai apa yang digelar sebagai “tahun hilang” iaitu tempoh puluhan tahun semakan hasil tidak dibuat.
Hajiji juga mendedahkan beliau sendiri sudah berbincang dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum kerajaan persekutuan memfailkan rayuan.
Menurutnya, Anwar memberi jaminan bahawa Putrajaya tidak akan merayu bahagian berkaitan hak 40 peratus itu, sebaliknya hanya mencabar beberapa “ayat” dalam keputusan mahkamah yang dianggap tidak adil kepada kepimpinan terdahulu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment