Write For Us

RM6b boleh diselamatkan jika perbaiki kelemahan - PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
29 Views
Published
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tidak mahu ungkit kesalahan tatakelola yang dilakukan kerajaan terdahulu kerana tahu individu memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Bagaimanapun tegas beliau, semua kelemahan yang telah dikenalpasti perlu dihentikan terutama cara mengurus wang untuk diberikan kepada kelompok-kelompok tertentu.

Anwar mengulangi keyakinan bahawa RM6 bilion boleh diselamatkan akibat ketirisan yang berlaku seperti yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara.

Semalam Anwar mengarahkan semua anggota kabinetnya meneliti dan memandang serius Laporan Ketua Audit Negara 2021 dan bertindak mengikut syor yang diberikan dalam laporan itu.

Bercakap kepada pemberita petang ini, perdana menteri berkata dia mahu menteri memastikan semua isu yang diketengahkan dalam laporan audit kerajaan tidak berulang, terutama apabila ia melibatkan ketirisan dana awam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment