Write For Us

Rosmah beri kerjasama penuh pada SPRM - Peguam

Loading...
christmas sale Entertainment MindGames
83 Views
Published
Peguam Datuk K Kumaraendran memaklumkan isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor memberikan kerjasama yang baik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan begitu juga dari pihak SPRM sendiri.
Bagaimanapun ketika diminta mengulas lanjut apakah Rosmah akan kembali memberi keterangan, Kumaraendran enggan mengulas lanjut.
Beliau berkata demikian pada sidang media ringkas di SPRM hari ini.
Rosmah menghabiskan kira-kira lima jam di bangunan ibu pejabat SPRM di Putrajaya, yang mana beliau disoal-siasat mengenai isu syarikat SRC International.
Rosmah berjalan keluar bangunan SPRM sekitar jam 3.45 petang tadi dan terus masuk ke dalam kereta tanpa bercakap kepada pemberita.
Beliau hadir untuk memberi keterangan dan bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment