Write For Us

Rosmah mohon kes terhadapnya dipindah ke mahkamah tinggi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Datin Seri Rosmah Mansor akan memohon untuk kes terhadapnya dipindah ke Mahkamah Tinggi.
Menurut peguam Rosmah, Geetham Ram berkata pihaknya akan memfailkan permohonan perpindahan itu secepat mungkin dan tiada bantahan dari pihak pendakwaan.
Sebelum itu Rosmah hadir di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ditemani suaminya, Datuk Seri Najib Razak.
Rosmah hadir ke mahkamah sesyen hari ini susulan pengurusan kes untuk 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai terhadapnya.
Pada 4 Oktober lalu, Rosmah didakwa dengan 17 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.
Dua belas tuduhan itu ialah memasukkan wang berjumlah RM7.1 juta ke dalam akaun peribadinya dari 2013 hingga 2017 dan baki lima pertuduhan kerana gagal mengisytiharkan pendapatan.
Rosmah mengaku tidak bersalah diatas kesemua tuduhan tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment