Sembilan keluarga daripada 21 penduduk Kampung Sri Makmur, Gombak yang terlibat dalam perobohan rumah pada Isnin lalu kini terpaksa menjadikan kawasan semak dan belukar bersebelahan kampung itu sebagai 'penginapan' sementara mereka.
Ini kerana permohonan mereka untuk mendapatkan penempatan semula ditolak kerajaan negeri Selangor atas alasan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Seorang penduduk, Nur Zaitul Faridah Sulaiman berkata mereka terpaksa mendirikan khemah untuk bermalam dan meletak barangan peribadi kerana tidak ada tempat lain untuk berteduh.
Sementara itu, Mohamad Ali Osman berkata dia tidak mampu menyediakan deposit bagi menyewa rumah baru lantaran pendapatan sebagai penghantar makanan kecil dan tidak menentu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment