Write For Us

Rumah kartun & komik dibuka 1 April 2017

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
180 Views
Published
Industri komik dan kartun tempatan mula mendapat tempat di hati peminat selepas kewujudan majalah Gila-Gila, Ujang dan GeliHati yang dulunya menarik ratusan ribu pembaca.

Bagi mengabadikan kenangan dan kemasyhuran zaman kartun dan komik itu, sebuah Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM) yang terletak di Taman Botani Perdana, di sini, diwujudkan dengan mempamerkan 500 karya hasil tangan lebih 50 kartunis tempatan.

RKKM akan dibuka secara rasmi pada 1 April ini secara percuma bermula jam 10 pagi hingga 5 petang dengan sasaran 10,000 pengunjung setiap bulan.

Lebih mengagumkan, ada karya kartun berkenaan sudah berusia 81 tahun iaitu hasil seni M Nor Awang dan Osman Baru khusus untuk tontonan generasi muda sekarang dengan pengekalan tulisan jawi.

Pengasas dan Pengerusi Yayasan Kartunis Malaysia Mohd Desa Omar, 52, atau lebih dikenali sebagai Juragan berkata, semua karya yang dipamerkan adalah yang asli daripada beberapa kartunis terkenal negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment