Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly tampil menafikan dakwaan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, bahawa harga rumah yang dibelinya bukan berharga RM7 juta.
Malah, Adam juga turut menafikan dirinya merupakan pegawai khas kepada Ahli Parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, sebaliknya menjelaskan hubungan terbabit berdasarkan kepada hubungan dalam parti politik.
Adam berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Jelas Adam lagi, beliau akan mengisytiharkan hartanya jika ada arahan daripada parti, untuk memuaskan hati semua pihak.
Namun, sidang media tersebut menimbulkan lebih banyak persoalan apabila beliau tidak menjawab beberapa soalan yang diajukan.
Ketika ditanya pemberita apakah perniagaan yang dijalankan, Adam enggan mengulasnya dan memberitahu bahawa ia perkara peribadi.
Bagaimanapun, Adam berkata beliau akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya siasatan terhadapnya dijalankan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment