Write For Us

'Rumah siap pahat berbunyi. Itulah yang berlaku'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PH berkata jika dahulu ramai yang tidak yakin gabungan itu mampu berjaya dan di dalam kemelut menangani kejayaan dan kemenangan, oportunis-oportunis mula mengerumuni PH dan berjaya menyusup masuk dengan kemahuan jelas, untuk mencari kepentingan peribadi untuk kekayaan diri dan melaga-lagakan ahli.
"Sehingga hari ini, kita masih lagi berusaha untuk menangani musuh-musuh dalam selimut dan kadang kala sabotaj yang dilakukan mereka, mampu membawa kepada keruntuhan kerajaan kita, jika kita tak dapat menanganinya.
"Di masa yang sama, pihak yang kalah tidak dapat menerima hakikat, bahawa mereka ditolak rakyat kerana telah merompak harta rakyat dan apabila melihat kelemahan di pihak kita, mereka akan eksploit seberapa mungkin dan menampilkan diri mereka sebagai pejuang rakyat," katanya dalam ucapan pada Majlis Temurapat Pimpinan Keadilan Pusat di Port Dickson, malam tadi.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR Anwar Ibrahim serta barisan pimpinan PKR pusat dan negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment