Write For Us

Rumahku dihanyut banjir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Enam sekeluarga bukan sahaja menjadi mangsa banjir, tetapi tinggal sehelai sepinggang dan hilang tempat berteduh apabila rumah mereka dihanyutkan arus deras dalam bencana itu di Kampung La, di Jertih.
Suriati Mohd Yusof, berkata, kejadian pada Jumaat lalu itu berlaku, ketika bah mula melanda kawasan kampung terbabit, sehingga rumah papan didiami mereka ditenggelami banjir sedalam dua meter sebelum dihanyutkan arus.
Tambahnya, kedudukan rumahnya yang berhampiran Sungai Besut dengan jarak hanya kira-kira 60 meter menyebabkan kediamannya sering dinaiki air pada musim tengkujuh, namun kali ini disifatkan antara yang terburuk.
Suriati berkata, hatinya pilu apabila dia ternampak sisa runtuhan rumahnya yang dihanyutkan arus tersangkut berdekatan pagar sekolah, kira-kira 200 meter dari tapak rumahnya itu, selepas banjir sedikit surut pada Sabtu lalu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment