Write For Us

Rusuhan Bangladesh: 'Kami sangat lega, boleh tidur lena' - keluarga pelajar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Keluarga pelajar Malaysia yang terperangkap di Bangladesh berasa lega apabila kerajaan mengaktifkan pelan evakuasi bagi membawa pulang kesemua mereka mulai esok.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Pelajar Malaysia di Bangladesh, Mejar Jeneral (B) Nubli Hashim berkata, mereka merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan terutama Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana menggerakkan pelan tersebut.

Terdahulu, Menteri Luar mengumumkan rakyat Malaysia termasuk pelajar yang berada di Bangladesh akan dibawa pulang esok susulan ketegangan yang semakin memuncak di negara itu.

Seramai 192 rakyat Malaysia masih berada di Bangladesh yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment