Write For Us

RYAN BAKERY KONGI KISAH LEPAS DIBUANG KERJA, ISTERI BAGI MODAL BUAT VIDEO CONTENT

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
41 Views
Published
DI SEBALIK kejayaan yang dicapai personaliti media sosial Ryan Bakery, siapa sangka isterinya iaitu: Elyia Ibrahim, 24, adalah insan penting yang banyak memberi sokongan dan sanggup mengeluarkan modal ketika awal pembabitannya dahulu sebelum mereka berkahwin.

Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakary 28, berkata wanita itu satu-satunya orang yang mempercaya bakatnya dalam bidang ini sehingga terbukti berjaya meraih jutaan pengikut di media.

Sekitar tahun 2020 ketika tempoh pandemik Cowd-19, saya diberhentikan kerja dan mula berniaga popia. Kemudian saya buat video untuk tingkatkan pendapatan. Pada masa itu dialah orang yang percaya dengan apa yang saya mahu buat.

"Walaupun belum berkahwin dia sanggup keluar duit sendiri untuk membeli kelengkapan membuat video meskipun gaji tidaklah terlalu tinggi.

"Saya sampai ke tahap sekarang ini juga disebabkan dia. Banyak modal yang telah dikeluarkan. Apa sahaja yang saya mahu dia akan belikan,"

Mula dikenali ramai, kata Ryan dia juga tidak terlepas dari kecaman netizen yang menganggap isterinya itu menumpang populariti kerana selalu dilihat bersama ketika menghadiri majlis.

"Kalau dulu saya pun rasa 'koyak' juga membaca komen begitu dan isteri pun down apabila kena kecam. Tetapi inilah cara saya menghargai segala pengorbanan isteri dengan membawa dia ke mana-mana acara.

"Malah sebelum ini pun ketika mula memperoleh pendapatan hasil dari kandungan di media sosial, saya segera bernikah dengannya untuk menghalalkan hubungan kami," jelasnya.

Dalam edisi pertama majlis anugerah tersebut, Ryan menerima anugerah Digital Content Creator Tergempak. Ketika namanya disebut sebagai pemenang dan tampil mengambil trofi di atas pentas, Elyia dilihat tidak dapat menahan air mata kerana terlalu gembira dengan kejayaan tersebut.

"Kami melalui susah payah bersama bermula dari kosong sehingga ke tahap ini. Memang tidak sangka dia akan menang. Apabila namanya disebut saya terus rasa sebak.

"Kami sudah lama kenal sejak zaman belajar. Apabila dia berdepan dengan waktu sukar dibuang kerja, tak mungkin saya akan tinggalkannya. Saya percaya dengan apa yang dia lakukan," ujar

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment