Write For Us

Sabah bergolak: Sidang media Shafee batal, Adun PH Sabah tak sokong

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
39 Views
Published
Sidang media yang dipanggil oleh Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal secara tiba-tiba telah dibatalkan semalam.

Ini susulan desas-desus mengenai rancangan rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Portal berita Oriental Daily melaporkan wartawan tempatan yang dimaklumkan mengenai sidang media khas itu akan diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu pada 4.30 petang kemudian diberitahu mengenai pembatalan acara itu dua jam selepas itu.

Sebelum itu, kelihatan beberapa wakil rakyat Warisan di hotel tersebut manakala makanan dan minuman dihidangkan kepada mereka yang hadir pada acara tersebut.

Sidang media itu kemudiannya menjadi majlis minum teh, lapor Oriental Daily lagi.

Sementara itu, kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan (PH) Sabah hari ini menyatakan pendirian untuk tidak sama sekali menyokong pembentukan kerajaan melalui ‘pintu belakang'.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment