Write For Us

"Sabar...sabarlah Tuan Ibrahim," nasihat Ketua SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkilfi Ahmad hari ini menafikan sebarang dakwaan double standard berhubung dengan penangkapan dan pendakwaan dibuat terhadap penjawat awam dan bukan ahli politik.
"Tidak ada isu pilih kasih, ia cuma menunggu masa. Jika kita mengambil tindakan serta merta, maka itulah pilih kasih," Dzulkifli memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata justifikasi SPRM yang tidak akan bertindak ke atas ahli-ahli politik yang sedang disiasat sebelum pilihan raya umum ke-14 sebagai sangat dangkal.
Dzulkifli ditemui selepas merasmikan kempen 3J 'Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settel' di sebuah kompleks beli belah terkemuka di ibu negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment