Write For Us

Sah, ADUN BN hilang kelayakan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
ADUN Nenggiri dari BN, Datuk Mat Yusoff Ab Ghani disahkan hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Perkara itu diputuskan Speaker Dewan, Datuk Abdullah Ya'kub selepas usul kemukakan oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan di sidang DUN Kelantan hari ini.
Pengundian yang dibuat memperoleh keputusan bersetuju 32 orang dan 9 lagi berkecuali.
Speaker juga mengumumkan kerusi Dun Nenggiri tersebut kosong bermula tarikh pengumuman tersebut hari ini.
Pada 28 Mei lalu, kerajaan menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Negara mengenai kebankrapan Mat Yusoff.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment