Rafizi Ramli mengesahkan beliau akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan PKR Ogos ini.
Jika penyandangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memilih untuk mempertahankan jawatan itu nanti, keputusan Rafizi itu akan menyaksikan persaingan di antara dua pemimpin terbabit, yang sudah berbahang untuk beberapa tahun, akan mencapai kemuncaknya.
Setakat ini Azmin masih berahsia berhubung perancangannya, walaupun ada spekulasi mendakwa beliau mungkin akan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan presiden.
"Saya akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden... Saya tidak berminat dengan apa-apa jawatan kerajaan tetapi saya masih berhutang dengan anggota PKR untuk tidak berundur (daripada parti) begitu saja," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau yang kini merupakan naib presiden berkata akan membuat pengumuman rasmi Ahad ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment