Write For Us

Saifuddin tegur Naib Ketua AMK

Loading...
Google Rank
30 Views
Published
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menegur Naib Ketua AMK Mohd Nazree Mohd Yunus susulan kenyataannya yang menolak keputusan Lembaga Disiplin PKR yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Haziq Abdullah Abdul Aziz, sebaliknya meminta Haziq dipecat serta merta.
Dalam satu kenyataan, Saifuddin berkata Mohd Nazree perlu menghormati keputusan lembaga disiplin yang dipersetujui oleh Biro Politik PKR, pada Rabu.
Jelasnya, persetujuan tersebut secara sebulat suara yang dihadiri Anwar Ibrahim, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Dr Xavier Jayakumar, Baru Bian, Rafizi Ramli, Chang Lih Kang, Akmal Nasir, Haniza Talha, Nik Nazmi, Sivarasa Rasiah, William Leong dan Syed Husin Ali. Bagaimanapun, Mohamed Azmin Ali tidak hadir.
Saifuddin menasihatkan agar setiap anggota mematuhi keputusan parti untuk tidak membuat kenyataan tanpa asas dan fakta terhadap parti dan pimpinan yang dikhuatiri boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan di dalam peraturan dan perlembagaan parti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment