Pada peringkat awal tidak ramai yang dilihat berminat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, namun ia mungkin menjadi PRK yang paling menarik perhatian pasca PRU ke-14 selepas tujuh borang pencalonan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Dan salah satu borang itu milik Saiful Bukhari Azlan - individu utama dalam kes Liwat II yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Kedua-dua individu itu - Anwar dan Saiful - bersemuka di pusat pencalonan di Majlis Perbandaran Port Dickson, pagi ini.
Anwar tiba lebih awal iaitu pada pukul 8.45 pagi dan disambut laungan reformasi oleh kira-kira seribu penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).
Saiful pula tiba kira-kira setengah jam kemudian.
Malah beliau berdiri untuk berjabat tangan dengan Anwar ketika presiden PKR itu berjalan ke tempat duduknya selepas menyerahkan borang pencalonan.
Pemuda berusia 33 tahun itu membuat kejutan semalam apabila mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam PRK itu dan menegaskan tiada mana-mana pihak di belakang tindakannya itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment