Write For Us

Saiful hala 'tembakan' pertama kepada Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
164 Views
Published
Masuk hari keempat kempen pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, calon bebas Saiful Bukhari Azlan mula melancarkan serangan terhadap bekas majikan yang juga calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saiful yang ditemui Malaysiakini menyifatkan calon Anwar sebagai "tidak bermaruah".
“Secara jelas pilihan raya ini diadakan hanya kerana agenda peribadi seseorang.
"Itu jelas dan ditambah lagi yang membuatkan saya marah dan kesal dia bukan saja mengangkat agenda peribadi tetapi dia juga menggunakan duit rakyat dan kerajaan RM3.6 juta untuk pilihan raya ini.
“Jadi, di mana moral dan maruah parti ini yang selama ini memperjuangkan antipenyelewengan, tidak mahu membuat pembaziran, tapi terang-terang guna wang rakyat untuk dia angkat agenda peribadi dia,” katanya kepada Malaysiakini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment