Write For Us

Saiful 'tembak' Anwar lagi, dakwa 'main kotor'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Calon bebas dalam pilihan raya kecil Port Dickson mendakwa 'seorang calon' menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.
Rasa tidak puas hati itu diluahkan selepas pemantau pilihan raya BERSIH mengumumkan lima dari tujuh calon telah menandatangani persetujuan untuk mendukung pilihan raya yang bersih dan adil.
“Ada calon gunakan paltform tentera, bercakap di depan tentera dan menggunakan kenderaan rasmi.
“Masjid pun digunakan untuk memberi ucapan, kononnya atas nama tazkirah.
“Jadi jelas ini salah guna,” kata Mohd Saiful Bukhari Azlan
Saiful tidak menyebut nama secara khusus, tetapi ia jelas merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri majlis Kementerian Pertahanan kelmarin.
Anwar juga memberikan tazkiran Maal Hijrah di beberapa masjid di parlimen itu.
Anwar, calon parti kerajaan Pakatan Harapan, antara salah seorang yang menyokongnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment