Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub hari ini mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau gelagat dan tindakan pegawai tinggi kerajaan yang boleh mencemarkan nama baik negara.
Katanya, jawatankuasa khas itu juga akan diberi tanggungjawab meneliti isu-isu besar negara antaranya seperti skandal 1MDB dan juga kemelut melibatkan Felda.
"Mereka (jawatankuasa khas) akan pantau sikap tidak ambil tahu Peguam Negara, Ketua Polis Negara dalam kes melibatkan 1MDB.
"Bukan isu 1MDB sahaja tetapi mungkin isu Felda juga dan saya rasa badan ini boleh mainkan peranan," katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di ibu negara hari ini.
Menurutnya, cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa berkenaan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan datang.
Ketika ini, kata Salahuddin, jawatankuasa berkenaan masih belum dibentuk tetapi beliau berharap agar ia akan disertai oleh bekas hakim, bekas peguam dan bekas pegawai tinggi kerajaan yang berpengalaman.
"Perkara ini akan dibawa dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan datang.
"Saya dah kenal pasti beberapa nama yang saya anggap tersohor dan layak untuk anggotai jawatankuasa ini.
"Kita pelawa semua bekas pegawai tinggi kerajaan yang terdiri dari tokoh perundangan untuk terlibat agar mereka dapat beri sumbangan dan pandangan dan menjadi pemantau bagi memastikan harta rakyat dipelihara," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment