Write For Us

Salahuddin, Hannah Yeoh ziarah mendiang Eddie Ng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Menteri Pertanian dan Asas Tani Salahuddin Ayubdan dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh meluangkan masa memberi penghormatan terakhir kepada ADUN Balakong mendiang Eddie Ng Tien Chee di Xiao En Centre Cheras hari ini.
Mendiang Ng akan dikebumikan pada hari Selasa di Nilai.
Ng meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuh Raya Cheras - Kajang pada pagi Jumaat.
Ng dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kajang.
Menurut sumber mangsa memandu kereta Nissan X-Trail apabila melanggar belakang sebuah lori di lebuh raya kendalian syarikat Grand Saga Sdn Bhd itu.
Ng dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada pilihan raya umum ke-14 lalu Ng mengalahkan dua pencabar masing-masing dari BN, Lim Chin Wah, dan Mohamad Ibrahim Ghazali, dengan kelebihan 35,538 undi.
Ng memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment