Write For Us

Salam Kit Siang mahu 'Selamatkan Malaysia', terpulang PAS terima atau tidak - Teressa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Ahli Parlimen DAP-Seputeh, Teressa Kok berkata salam perdamaian yang dihulurkan penasihat parti itu, Lim Kit Siang kepada PAS hanyalah mahu bekerjasama demi menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman parti pemerintah.
Teressa Kok menyifatkan salam perdamaian itu bukan 'drama murahan' tetapi terpulang kepada PAS untuk menerimanya ataupun tidak.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media hari ini.
Terdahulu, PAS menyifatkan tindakan Lim menghulurkan salam pendamaian sekadar ‘drama opera murahan’ dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata parti Islam itu tidak akan sesekali terpedaya dengan helah tersebut kerana sudah dua kali diperlakukan sedemikian rupa.
Layari berita lanjut di
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment