Write For Us

Sambut hari jadi ke-71 API, anak muda mahu berarak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Sekumpulan anak Muda akan melakukan rapat umum dan perarakan bagi memperingati ulang tahun penubuhan Angkatan Pemuda Insaf (API) ke-71, sekali gus menyemarakkan semangat golongan muda yang kini dilihat berputus asas dalam politik.
Menggelar diri mereka sebagai 'Malaysia Muda', kumpulan itu bakal memakai kemeja putih dengan lilitan merah di lengan kiri - sama seperti seragam API yang diasaskan pejuang kemerdekaan berhaluan kiri, Ahmad Boestamam.
Menurut jurucakap Malaysia Muda, Amir Hadi, kumpulan itu akan berarak pada 23 Disember di Kuala Lumpur
Bagaimanapun beliau menegaskan perarakan itu bukanlah demonstrasi sebaliknya sebuah "pementasan semula" bagi mengenang sejarah.
"Jika berlaku halangan saya tak boleh menolak ia akan menjadi satu demonstrasi tapi sekarang ini tujuan kita bukan nak demonstrasi tapi nak angkat sejarah," katanya dalam sidang media di Warung Pak Amjal, Kerinchi Kuala Lumpur.
Amir juga menafikan kumpulan itu terlibat dengan mana-mana parti politik, sebaliknya mengajak anak muda yang sudah muak dengan politik untuk bersama mereka.
"Kumpulan ini tak didukung mana-mana parti politik, tak terlibat dengan mana-mana individu yang terlibat dengan parti politik dan tak ada afiliasi dengan parti politik. Inilah gerakan anak muda kita, harapan kawan-kawan kita yang tak sertai parti politik boleh bersama kita," katanya.
Hadir sama dalam sidang media itu ialah bekas aktivis peguam, Fadiah Nadwa Fikri, aktivis mahasiswa Anis Syafiqah Mohd Yusof dan aktivis politik, Jay Jay Dennis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment