AVA360 Advertising

Sambutan RM30 e-Tunai menggalakkan hingga sistem 'hang'

Loading...

Thanks! Share it with your friends!

You disliked this video. Thanks for the feedback!

Added by admin
12 Views
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa pemberian e-Tunai Rakyat yang bermula hari ini tidak mendapat sambutan yang baik.
Laporan berkenaan disifatkan Guan Eng tidak berasas memandangkan kementeriannya memperoleh kira-kira 200,000 permohonan sejak tengah hari Rabu.
“Laporan yang menyatakan e-Tunai Rakyat tidak mendapat sambutan yang baik daripada rakyat tidak benar.
"Ini kerana kalau kita lihat angka-angka yang ada, setakat tengah hari sudah ada 200,000 ribu permohonan dan 160,000 sudah diluluskan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan peruntukan menyelenggara dan menaik taraf sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok berjumlah RM100 juta kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Kementerian Kewangan, di sini pada Rabu.
Dalam masa sama, beliau berkata, jumlah permohonan mendapatkan pemberian RM30 melalui e-Tunai Rakyat, yang naik mendadak menyebabkan sistem salurannya tergendala pada awalnya.
“Saya terima laporan Touch 'n Go tadi ada gangguan tetapi sekarang sudah pulih.
“Saya harap syarikat pengendali swasta tersebut memastikan tidak ada masalah teknikal,” ujar beliau.
Sehubungan itu, Guan Eng berharap sistem e-Tunai Rakyat akan memanfaatkan rakyat termasuk golongan peniaga.
Kira- kira 15 juta rakyat Malaysia layak menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-wallet terpilih iaitu Touch ‘n Go, Grab dan Boost bermula 8 pagi 15 Janua
Category
TV Saluran - TV Channel

Post your comment

Sign in or sign up to post comments.

Comments

Be the first to comment