Write For Us

'Sandiwara!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan barisan anggota Parlimen BN dan PAS yang keluar dewan bagi membantah cadangan pelantikan Speaker Dewan Rakyat, sebagai sandiwara dan lakonan.
Kata Dr Mahathir, buat pertama kalinya bekas perdana menteri Datuk Najib Razak turut serta keluar dewan dan berharap beliau tahu mengapa pembangkang bertindak melakukan perkara sama sewaktu dulu.
Tindakan anggota parlimen pembangkang yang keluar dewan itu dipercayai berhubung cadangan pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker.
- Dewan Rakyat kecoh, hanya KJ dan Anifah tidak keluar dewan
Hanya Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman sahaja yang tidak menyertai anggota parlimen pembangkang lain keluar dewan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment