SINGAPURA: Rakyat Malaysia yang memasuki Singapura perlu berwaspada kerana saringan suhu badan akan dilaksanakan di pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas bermula tengah hari, hari ini.
Mengikut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA), perkara ini dilaksanakan berikutan berlakunya wabak coronavirus di Wuhan, China dan merebak ke bandar dan negara lain, disamping jangkaan peningkatan aliran trafik bersempena cuti Tahun Baharu Cina.
ICA dalam laman sesawangnya berkata, mereka yang tiba di pusat pemeriksaan darat perlu menjalani saringan suhu badan yang dijalankan oleh pembantu kesihatan di pusat terbabit.
“Mereka yang disyaki akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya.
Saringan suhu badan itu akan dilaksanakan secara progresif untuk kesemua jenis kenderaan yang tiba, iaitu bas, kereta api, kereta, motosikal, lori dan kesemua mereka terbabit dinasihatkan mengikuti arahan diberikan oleh pegawai ICA.
Dengan bas: Penumpang akan disaring di barisan bas atau balai ketibaan bas, sebelum kaunter imigresen. Pemandu bas akan disaring di pusat pemeriksaan keselamatan.
Dengan kereta api: Penumpang akan disaring di barisan platform sebelum memasuki balai ketibaan kereta api untuk proses pelepasan imigresen.
Dengan kereta: Penumpang dan pemandu dikehendaki menurunkan tingkap kenderaan mereka untuk saringan suhu badan di pusat pemeriksaan keselamatan sebelum kaunter imigresen.
Dengan motosikal: Penunggang dikehendaki menanggalkan topi keledar mereka untuk saringan di kawasan pemeriksaan keselamatan selepas kaunter imigresen.
Dengan lori: Pemandu akan disaring di platform kargo atau kaunter imigresen.
ICA berkata, pada cuti Tahun Baharu Cina, aliran trafik dijangkakan sesak antara 25 dengan 28 Januari.
“Kelewatan adalah dijangkakan dan mereka dinasihatkan untuk memeriksa keadaan trafik sebelum memulakan perjalanan”, kata ICA
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Pihak berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA) berkata ia telah melaksanakan saringan suhu badan di kesemua pusat pemeriksaan laut, termasuk feri dan terminal kapal.
– BERNAMA
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment