Write For Us

'Sasaran lahir 125,000 huffaz menjelang 2050'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 125,000 Huffaz seluruh negara menjelang tahun 2050 melalui dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata sasaran itu adalah penting buat Malaysia bagi melahirkan sebuah generasi yang mampu membangunkan sebuah negara yang sejahtera, aman, harmoni dan mendapat keberkatan serta pengampunan daripada Allah.
Sehubungan itu, katanya Huffaz yang telah dilahirkan perlu dibentuk menjadi pemimpin dan tenaga kerja profesional negara seperti doktor dan jurutera, bukan hanya menjadi imam atau guru agama semata-mata.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan di Ayer Keroh di Melaka semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment