Write For Us

'Saya ada 6 ambulans mereka ada apa? Tak payah tunggu dana k'jaan, cari sendiri'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Calon Bebas, Kuan Chee Heng berkata beliau tidak mempunyai masalah berkhidmat secara serentak sebagai aktivis masyarakat dan wakil rakyat sekiranya menang pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’, beliau berkata dapat berbuat demikian akan memberi lebih ruang kepadanya untuk membantu masyarakat di kawasan Semenyih.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan mesra di tapak pasar malam, Semenyih.
Pada PRK Sabtu ini, Kuan akan berdepan saingan empat penjuru bersama Muhammad Aiman Zainali (Pakatan Harapan), Zakaria Hanafi (Barisan Nasional) dan Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia).
Umum melihat saingan sebenar bagi kerusi DUN itu melibatkan calon PH dan BN.
Kuan berkata dalam kempennya beliau merasa lebih dekat dengan pengundi dan masyarakat apabila dapat bersua muka dalam suasana santai berbanding aktiviti ceramah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment