Write For Us

'Saya ada lihat cermin pagi tadi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
63 Views
Published
Presiden PKR Anwar Ibrahim secara berseloroh ketika menjawab pertanyaan pemberita bahawa beliau sudah melihat cermin pagi tadi.
Kata Anwar, beliau sedikit terkilan kerana Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali tidak membaca keseluruhan konteks yang dimaksudkannya tentang letak jawatan sekiranya video intim itu sahih.
“Saya ada tengok cermin pagi tadi. Tapi saya fikir tidak adil kerana Mohamed Azmin tidak membaca keseluruhan kenyataan saya, itu bukan isu sebenarnya.
“Saya rasa kenyataan (tentang letak jawatan) saya telah dimanipulasi. Bagaimanapun saya tak rasa kecewa dengan kenyataan Mohamed Azmin... tapi saya fikir dia perlu baca berita penuh berkenaan kenyataan tersebut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam, Mohamed Azmin memulangkan paku buah keras kepada Anwar berhubung syornya untuk beliau melepaskan jawatan sekiranya video intim itu sah dirinya.
Mohamed Azmin dengan tegas berkata, Anwar sepatutnya melihat cermin sewaktu menyatakan cadangan tersebut.
“Baca gerak bibir saya, beritahu dia (Anwar) dia perlu melihat lelaki di dalam cermin.
“Muhasabah. Suruh Anwar muhasabah. Tolong refleks muka sendiri dalam cermin,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment