Write For Us

'Saya akan terus pertahan hak LGBT dan semua orang'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Aktivis dan Peguam Siti Zabedah Kasim menegaskan yang beliau tidak akan sesekali mengalah dengan cubaan untuk mendakwanya dimahkamah atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.
'Saya takkan mengalah dan akan teruskan apa yang selalu saya buat pertahankan hak semua orang bukan sahaja komuniti lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) tetapi komuniti yang lain juga. Semua orang harus berani pertahankan hak mereka'kata Siti selepas diikat jamin.
Pagi tadi Siti didakwa kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas awam semasa serbuan pada satu acara transgender, April tahun lepas.
Serbuan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua setengah jam selepas acara bermula.
'Kita harus berhentikan tindakan ini. Bagi saya serbuan ini satu tindakan menyalahi undang-undang terhadap komuniti maknyah' tambah Siti.
Siti walaubagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon kes itu dibicarakan. Majistret Ahmad Solihon Abdul Wahid mengarahkan sebutan kes pada 22 Ogos selepas tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM3,000
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment