Write For Us

'Saya akui anak setinggan', Halimey sebak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia, Halimey Abu Bakar hari ini menitiskan air mata apabila mengingati kehidupan susah sebagai anak setinggan.
Halimeh menunjukkan rasa sedih itu ketika mengulas kenyataan lawannya dari PAS, Dr Halimah Ali yang mengatakan calon anak tempatan bukan satu kelebihan untuk berbakti kepada penduduk di kawasan itu.
"Ya betul saya memang local boy. Yang pastinya saya memang anak tempatan.
"Saya dah biasa dengan kehidupan susah.
"Saya akui saya anak setinggan, biar dia (Halimah) cakap apa. Dan saya tahu betapa susahnya hidup anak setinggan," kata Halimey sambil dilihat mengesat air matanya.semasa sidang akhbar di Kelana Jaya hari ini.
Media semalam melaporkan kenyataan Dr Halimah Ali yang mengatakan pemilihan calon tempatan sebagai wakil rakyat merupakan pemikiran lama.
Dr Halimah sebaliknya berkata, faktor terpenting adalah sejauh mana kemampuan seseorang calon dapat berkhidmat dan melaksanakan mandat yang diberi rakyat.
"Sebenarnya pilih calon yang lahir di sini (tetap) saya rasa itu cara pemikiran lama. Kita sudah melalui anjakan paradigma sama ada lahir sini ke tidak.
"Contoh, kenapa sesebuah kelab bola sepak boleh nak bayar seorang pemain import? Ia kerana dia adalah pemain yang tunjukkan prestasi," kata Dr Halimah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment