Write For Us

'Saya belum kahwin pun saya marah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
166 Views
Published
Mereka yang menamatkan perkahwinan kerana telah memeluk Islam, sepatutnya menjadi "anak jantan" untuk melakukan perkara yang betul dengan membubarkannya di mahkamah sivil, kata seorang menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Rang Undang-Undang Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (LRA) membolehkan mereka untuk berbuat demikian.
Oleh itu, katanya, mereka tidak boleh menggunakan Islam sebagai alasan untuk mengelak daripada tanggungjawab mereka.
"Keluarga yang ditinggalkan olehnya, tak kan hendak dibiarkan terkapai-kapai. Saya belum kahwin pun saya marah.
"Mereka tiba-tiba lari, tidak mahu bayar nafkah, menggunakan Islam sedangkan Islam itu agama yang bertanggungjawab," katanya ketika penggulungan perbahasan mengenainya di Dewan Rakyat malam tadi.
"Undang-undang ini galaklan dia jadi gentleman, masuk mahkamah sivil.
"Kalau anak jantan, cerai la betul-betul
"Apasal takut sangat. Takkan lari sembunyi belakang hakim syariah," tegasnya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Azalina dalam penggulungan perbahasan mengenainya, berkata pindaan itu bertujuan memberi ruang kepada pasangan yang berkahwin dan telah memeluk agama Islam atau salah seorang dari pasangan itu yang masih berada dalam agama Islam untuk memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil.
Katanya, ia bagi mengelak tindakan oleh sama ada suami atau isteri yang tidak mahu menamatkan sesuatu perkahwinan tetapi tidak menjalankan tanggungjawab terhadap pasangannya, anak-anak atau harta mereka.
Tegas Azalina lagi, pindaan itu tidak menafikan hak seseorang itu di Mahkamah Syariah sebaliknya menggalakkan seseorang itu supaya bersikap lebih bertanggungjawab untuk menceraikan pasangannya di Mahkamah Sivil.
Sebelum ini, Azalina dalam satu kenyataan menjelaskan pindaan itu juga dibuat bagi memastikan tiada mana-mana pihak mencabar kesahan undang-undang itu di bawah Fasal (1) Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.
"Kerajaan serius dalam membuat pindaan terhadap undang-undang ini demi menjaga keharmonian rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini, di samping memastikan tuntutan seperti hak jagaan dan nafkah anak-anak sehingga ke peringkat pendidikan tertinggi adalah terpelihara dan terjamin," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment