Write For Us

'Saya belum lagi jadi PM, hanya pembantu Najib'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
151 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melafazkan ikrar untuk taat setia kepada perdana menteri di depan ratusan ulama, termasuk dari luar negara.
Kata-kata itu pula dilafaz Ahmad Zahid secara spontan seorang peserta persidangan ulama tiba-tiba bangkit dan berkata: "Thank you prime minister!"
Ulama dari luar negara itu menyampaikan secara langsung penghargaannya ekoran pengumuman Ahmad Zahid mengenai peruntukan AS$1 juta diberi penderma untuk Pusat Sufi Sedunia yang akan dibina di Kuala Lumpur.
Zahid kemudian secara bersahaja menjelaskan, beliau belum lagi menjadi perdana menteri, sebaliknya baru timbalan.
"Saya belum lagi jadi perdana menteri, saya timbalannya.
"Saya hanya pembantu Najib tetapi saya sangat setia kepada beliau dan saya akan pasti ia akan berterusan begitu, insya-Allah," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyampaikan ucapan perasmian penutup Persidangan Ulama Antarabangsa dan Majlis Zikir Perdana Sedunia 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Mendengar penjelasan Ahmad Zahid, ulama terbabit kemudian sekali lagi menyatakan terima kasih kepada beliau.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment