Semua anggota perkhidmatan awam di Pulau Pinang diseru menjalankan tanggungjawab dengan penuh kesungguhan dalam memastikan prestasi kerja yang baik.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng menasihatkan agar para penjawat awam menghargai jawatan masing-masing dan mempunyai rasa terhutang budi dalam menggalas tugas serta amanah yang diberikan.
Namun, kata Lim, beliau hampa ada sesetengah pegawai tidak menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan.
"Jangan ingat kami tidak tahu prestasi yang ditunjukkan pegawai-pegawai kerajaan negeri. Kita tahu.
"Kadang-kadang saya berasa hampa bila tengok prestasi yang ditunjukkan sesetengah pegawai. Kerana bukan sahaja tidak hormat majikan yang mereka curahkan bakti, tetapi tidak hormat jawatan yang telah diamanahkan.
"Jawatan anda pegang sekarang adalah sesuatu yang kita harus rasa terhutang budi. Kerana sekarang ramai yang nak jadi pegawai kerajaan, tak ada peluang kerana ada pembekuan dari JPA.
"Tolonglah hargai jawatan anda. Tolonglah jalankan tugas dan amanah anda sebaik-baik boleh. Kerana sekiranya tidak, janganlah dipersalahkan kerajaan negeri sekiranya tindakan diambil ataupun rekod akan dicatit," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment