Write For Us

"Saya bersikap adil semalam," jelas Pandikar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dirinya menerima arahan daripada BN berhubung keputusannya menangguhkan perbahasan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Kenyataannya itu dibuat susulan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam dilaporkan berkata bahawa keputusan untuk menangguhkan perbahasan dibuat semasa mesyuarat majlis tertinggi BN sebelum ini.
Menurut Dr Subramaniam, keputusan itu adalah untuk membolehkan PAS untuk membentangkan kes mereka dan terdapat persetujuan bahawa ahli parlimen tidak akan mengundi pada hari itu.
"Saya tak peduli apa yang mereka kata. Yang penting ialah apa saya kata dan apa saya lakukan," kata Pandikar.
"Kerana apa mereka kata, termasuk pemimpin komponen (BN), adalah untuk kepentingan politik mereka. Mereka bertanding (pada untuk pilihan raya). Saya tidak bertanding,” katanya.
Speaker berkata adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menyelesaikan semua urusan kerajaan sebelum Khamis, dan beliau terpaksa mematuhi ini mengikut Peraturan Mesyuarat 15.
"Oleh itu, apabila saya diberi kebebasan pada hari itu, saya mahu mengakhirinya awal," katanya.
Semalam, Pandikar menangguhkan perbahasan usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sesi parlimen akan datang yang bersidang semula pada 24 Julai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment