Write For Us

'Saya bertanggungjawab minta durian dieksport ke China'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
100 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan beliau adalah orang yang bertanggungjawab meminta sektor buah durian dibenarkan untuk dieksport ke negara China ketika kunjungannya ke negara itu.
Najib berkata hasil pertemuannya dengan pemimpin China, ramai pengusaha tempatan telah mengeksport durian dengan mendapat harga lebih tinggi.
"Kalau kita sebut agro makanan umpamanya, sudah tentu industri ini memerlukan kuasa pembeli. Kalau kuasa pembeli kita rendah, tak ada barang-barang kita tak laku.
"Tengok sajalah contoh buah durian. Buah durian satu ketika dahulu, saya pernah lalu Pasar Chow Kit, saya tengok harga bila berlambak durian harga RM1 sebiji pun ada. Masa kemuncak RM1 sebiji. Tetapi hari ini tengok video tadi, harga Musang King melebihi RM100 sekilo kerana kita buka pasaran baru di negara China.
"Sayalah bertanggungjawab untuk meminta supaya durian dibenarkan dieksport ke negara China bila saya jumpa dengan pemimpin-pemimpin utama China, saya minta supaya durian diluluskan kemasukkannya. Hari ini sudah boleh eksport durian ke negara China. Ini telah menyebabkan ramai pengusaha kita mengeksport dengan mendapat harga dengan lebih tinggi sebanyak RM100 lebih sekilo ke negara China," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan dan Festival Makanan Malaysia 2017 di Serdang hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment