Write For Us

Saya berterus terang, jangan campur tangan pentadbiran negeri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berpendapat bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar masih boleh mencampuri soal urusan di negeri itu tetapi bukan sehingga mengganggu proses pentadbiran kerajaan negeri.
"Campur tangan dalam pentadbiran negeri, bukan tak boleh. Boleh sedikit sebanyak.
"Tetapi yang boleh menganggu proses perjalanan pentadbiran kerajaan negeri, jangan diteruskan," kata Muhyiddin kepada wartawan di Petaling Jaya hari ini.
Bekas Menteri Besar Johor itu berkata beliau mengatakan perkara itu secara berterus terang kepada Sultan Johor ketika menghadap baginda baru-baru ini.
Terdahulu, Sultan Ibrahim hari ini mencadangkan dialog diadakan dengan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan perbezaan yang timbul.
Ini selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam menyatakan bahawa perlembagaan Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.
Muhyiddin berkata perbezaan pendapat mengenai perlembagaan negeri Johor adalah antara isu yang mesti diselesaikan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment