Write For Us

Saya dah lama sedia untuk PRK - Tok Mat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan supaya pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau diadakan semula.
“Saya menghormati keputusan dibuat dan saya dah lama bersedia untuk mengadakan PRK.
“Jadi saya menerima keputusan rayuan ini dengan hati terbuka.
“Kita menghormati proses undang-undang,” katanya di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.
Mohamad berkata demikian kepada pemberita dengan wajah agak sugul selepas Mahkamah mengenepikan rayuannya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya.
Mahkamah Pilihan Raya itu sebelum ini memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada pilihan raya umum ke-14 lalu, batal dan tidak sah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment