Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad menafikan dakwaan bahawa pemimpin parti Amanah yang berada dalam Kabinet tidak berani membantah cadangan kereta nasional ketiga oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Dakwaan itu disuarakan Wakil Pemuda Amanah Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan semalam bahawa tiada seorang pun anggota dalam kerajaan termasuk daripada Amanah yang berkata apa-apa kepada Mahathir kerana takut hilang jawatan.
Kata Khalid, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak hanya menurut sahaja cadangan perdana menteri, sebaliknya perbincangan mengenai satu-satu cadangan dilakukan secara mendalam sebelum keputusan diambil.
“Pimpinan kita (ada tegur), banyak isu kita tegur. Dr Mahathir dalam mesyuarat kabinet dia kata, dulu -dulu BN senang saja, aku cakap semua ikut.
“Sekarang ini dalam PH, berbahas-bahas dalam mesyuarat kabinet sampai tiga ke empat jam, kerana cuba hendak capai kata sepakat,” katanya ketika memberikan ucapan penggulungan sebagai pengarah komunikasi di Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Hotel Casuarina, Ipoh.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment