Write For Us

'Saya dengar Nurul Izzah takut pertahan Lembah Pantai'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Selain kejatuhan empat negeri di tangan pembangkang, pilihan raya umum (PRU) 2008 turut menyaksikan beberapa 'gergasi' BN tumbang. Salah seorangnya adalah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Selepas menjadi anggota parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal, beliau ditewaskan Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah ketika itu berusia 28 tahun dan pertama kali bertanding.
Hari ini, Shahrizat yang juga ketua Wanita Umno mendakwa Nurul Izzah kini takut untuk mempertahankan kerusi itu pada PRU akan datang.
"Mana-mana saya pergi, pengundi merungut wakil rakyat tak ada. Sama ada betul atau tidak, ini maklum balas (yang diterima).
"Dengar-dengar beliau takut untuk bertanding di Lembah Pantai. Lebih baik Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar) yang jalankan tugas wakil rakyat.
"Banyak calon (wakil rakyat) pembangkang hilang (dari kawasan), cakap retorik sahaja," katanya pada sidang media di Perhimpunan Agung Umno di PWTC, tengah hari tadi.
Justeru, beliau yakin kawasan parlimen itu akan kembali dimenangi BN pada PRU akan datang.
Pada PRU 2013, Nurul Izzah mengekalkan kemenangannya selepas menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment