Write For Us

"Saya diketawa, diperlekeh tapi kini JDT dikenali dunia"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa beliau pernah diketawakan dan diperlekehkan apabila menyatakan niatnya untuk mengambil alih bola sepak di negeri Johor.
"Apabila dulu saya mengatakan yang saya akan ambil bola sepak Johor. Bukan sekadar untuk ambil bahagian dalam perlawanan tetapi untuk mencipta sejarah"
"Ramai yang ketawa, ramai yang memperlekehkan".
Namun Tunku Ismail berkata, lihat di mana kita berada hari ini. Kita telah melangkah sangat jauh berbanding dengan pasukan lain.
Tegas Tunku ini adalah kerana sikap tidak pernah berputus asa, bersatu dan bekerja mencapai agenda dan objektif dan ini semua tidak akan terhenti.
Tambah Tunku kelab Johor Darul Ta'zim kini memiliki hampir tiga juta pengikut di laman sosial dan dikenali di lebih seratus negara luar serta kerjasama dengan ramai individu serta organisasi bola sepak yang berjaya di dunia.
Tunku Ismail berkata begitu ketika Kongres Tahunan Kelab Bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di Pusat Konvesyen Antarabangsa Persada Johor, semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment