Datuk Seri Najib Razak mewarnai ucapannya sempena majlis makan makan bersama anggota tentera dan polis dengan petikan kisah lucu mengenai pengalamannya suatu ketika dulu.
Kata perdana menteri pernah ketika beliau menghadiri majlis rasmi angkatan tentera Malaysia, pasukan itu berasa terkilan kerana tidak menyediakan makanan untuk beliau.
Najib yang turut pernah menjadi menteri pertahanan berkata, kejadian tahun lalu itu berlaku di Kem Tentera Penrinssen di Siburan, Sarawak.
"Saya nak nyatakan satu peristiwa tahun sudah di Kem Penrissen apabila panglima angkatan tentera dan Menteri Pertahanan berasa kesal sebab tak bagi (tidak menyediakan) makan tengahari.
"Lepas itu saya terpaksa naik helikopter (untuk ke tempat lain) dan di situ saya habiskan semua coklat yang ada dalam helikopter itu," katanya disambut ketawa hadirin.
Namun tidak kecewa dengan apa yang berlaku itu, Najib berkata, hidangan yang disediakan untuknya pada malam ini lebih daripada memadai untuk beliau.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment