Write For Us

'Saya hanya nak ucap terima kasih dekat Anwar'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan tujuan utama beliau mahu berjumpa dengan Ketua Umum Pakaat Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah hanya untuk mengucapkan terima kasih.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, Mahathir berkata ini ucapan terima kasih itu adalah kerana sokongan Anwar terhadap beliau.
"Saya rasa sedihlah, saya cuma nak jumpa dia, nak ucap terima kasih kerana dia tidak membantah bahkan menyokong saya sebagai calon (perdana menteri)," katanya kepada pemberita di luar wad Hospital Rehabilitasi Cheras sebentar tadi.
Pegawai penjara menghalang Mahathir untuk bertemu dengan Anwar yang kini dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.
Kecewa dengan perkara itu, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata beliau dimaklumkan larangan dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Mahathir yang hadir bersama-sama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tiba di Hospital Rehabilitasi Cheras pada jam 4.30 petang tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment