Write For Us

'Saya harap tiada siapa perlu hadapi penderitaan ahli keluarga dibunuh'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
59 Views
Published
Richard Dillan Morais, adik kepada mendiang Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais berharap tiada siapa perlu menghadapi penderitaan melihat keadaan ahli keluarga mereka dibunuh dengan kejam seperti yang dilaluinya.

Dalam kenyataannya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis kerana berjaya menahan penjenayah yang membunuh abangnya dalam masa yang singkat.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap pakar patologi Kolonel Dr (B) Kunaseegaran dan lima lelaki selepas didapati bersalah membunuh Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan di dalam dram berisi konkrit, lima tahun lepas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment