Write For Us

'Saya hormati keputusan mahkamah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan yang ditemui pemberita selepas penghakiman kerusi DUN Rantau memberitahu bahawa dia akan berbincang dengan peguamnya sama ada untuk merayu keputusan tersebut.
Dalam masa yang sama beliau menghormati keputusan mahkamah yang memutuskan kemenangan beliau di DUN Rantau sebagai tidak sah.
"Saya hormati keputusan mahkamah.
"Saya ada 14 hari untuk buat rayuan selepas berunding dengan peguam saya," katanya.
Mahkamah Pilihan Raya di Seremban sebelum itu memerintahkan bahawa kerusi DUN Rantau, Negeri Sembilan sebagai kosong dan kemenangan Mohamad Hassan pada pilihan raya umum ke-14 lalu adalah tidak sah.
S. Streram pada 23 Mei lalu memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad yang juga adalah bekas menteri besar Negeri Sembilan sebagai pemenang kerusi DUN Rantau, satu daripada empat kerusi DUN bawah Parlimen Rembau.
Susulan tindakan itu, Mohamad menang kerusi Rantau tanpa bertanding .
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment