Write For Us

Saya kata saja RM600 bilion, PM pergi kutip buat apa? - Sanusi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
39 Views
Published
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor tampil menjawab dakwaan berkaitan dana RM600 bilion yang dikatakan "diseleweng" ketika PN menjadi kerajaan persekutuan.

Dalam program ceramah kempen PRK Padang Serai malam tadi, Sanusi menjelaskan dia adalah orang pertama yang menyebut angka RM600 bilion itu namun kemudian ia dipetik oleh perdana menteri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, Anwar sebagai Menteri Kewangan sepatutnya memahami bahawa hanya RM80 bilion diperuntukkan sebagai suntikan fiskal daripada keseluruhan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/tvpaspusat/videos/656564022741919
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment