Write For Us

"Saya kecewa tak dapat jumpa Najib," luah peguam AS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Peguam tersohor Amerika Syarikat, Kimberly Motley hari ini hadir ke Jabatan Perdana Menteri untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Motley yang tiba sekitar jam 11.05 pagi itu hanya keluar selepas lebih sejam berada di bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.
Bagaimanapun hasrat Motley untuk bertemu dengan pemimpin nombor satu negara itu gagal apabila difahamkan akan kesibukkan Najib.
Menurut Motley beliau telah menulis surat memohon pertemuan dengan Najib dua hari lepas namun tiada maklum balas.
"Jelas sekali saya kecewa tetapi saya memahami bahawa beliau mempunyai jadual yang padat.
"Jadi, saya tidak mahu ganggu beliau tetapi saya berharap dalam beberapa minggu akan datang saya akan dapat bertemu dengan dia secara peribadi kerana adalah sangat penting untuk kita jelas apa yang perlu beliau dengar apa yang kami mahu beritahu dia," kata Motley kepada pemberita di luar perkarangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.
Motley dilantik oleh Anwar untuk membantu beberapa kes yang sedang berlangsung, termasuk kajian semula sabitan liwatnya pada bulan Februari 2015.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment