Write For Us

'Saya letih bawa isu ini, jawapan Menteri tiada perubahan' - Shahidan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
13 Views
Published
Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim menyatakan rasa kecewa berhubung jawapan yang diberikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu semalam berhubung kenaikan harga barang.

Shahidan juga menyeru setiap soalan yang berkaitan nasional harus dijawab oleh setiap kementerian kerana rakyat inginkan jawapan.

Semalam Mohamad ketika sesi penggulungan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, memaklumkan bahawa Malaysia mempunyai stok bekalan beras sebanyak 900,000 tan iaitu 250,000 tan stok penimbal dan 650,000 tan bagi stok dagangan.

Katanya, bekalan ini mencukupi bagi menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment