Write For Us

'Saya mahu mereka mati pelan-pelan, mati cepat tak syok'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
Menjangkakan masa depan buruk untuk Pakatan Harapan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyifatkan regu Dr Mahathir Mohamad and Anwar Ibrahim akan “saling berbunuhan”.
“Saya rasa bagus sebab mereka akan saling bunuh membunuh antara satu sama lain,” kata menteri pelancongan menjawab soalan pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
“Saya mahu mereka mati pelan-pelan. Kalau quick death (mati cepat) tak syok,” katanya.
“Bila seorang mati, pilihan raya umum nanti ada isu lain pula. Dia orang bangkit. Jadi biar mereka mati pelan-pelan.
“Mungkin lebih baik mereka mati selepas pilihan raya umum akan datang.”
Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno bagaimanapun tidak melihat Pakatan Harapan sebagai ancaman kepada BN kerana dakwaan persengketaan dalaman itu.
HARAPAN minggu lalu memutuskan Mahathir dilantik sebagai pengerusi HARAPAN manakala Anwar pula sebagai ketua umum.
Mereka juga membentuk struktur rasmi gabungan empat parti itu dan lambang bersama, usaha bagi mencerahkan peluang berdepan BN dalam pilihan raya umum depan.
Anwar dan Mahathir terkenal dengan perseteruan lama hampir 20 tahun selepas Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu memecat Anwar yang juga timbalannya.
Mereka bagaimanapun kembali berbaik-baik selepas berdepan musuh politik bersama, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment