Write For Us

Saya melarang atlet ambil dadah sekeras-kerasnya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan para atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjauhi perkara negatif yang boleh memudaratkan diri sendiri dan pasukan.
Abdul Hamid berkata, atlet PDRM perlu menghindari daripada terjebak dengan bahan terlarang atau terlibat dalam perkara yang menjatuhkan maruah diri.
"Kita seharusnya menerapkan jati diri tinggi dan komitmen yang jitu dalam usaha melakarkan lebih banyak kemenangan demi kebanggaan diri sendiri, keluarga dan pasukan," katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Sukan PDRM di Pusat Latihan Polis, di sini, tadi.
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu insiden di mana atlet yang mengharumkan namanya, namun terpalit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.
"Apabila sampai tahap itu, penglibatan individu itu boleh mencemarkan PDRM, saya melarang sekeras-kerasnya dan akan memastikan pengurus sukan menjaga displin para atlet PDRM," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment